Sunday 24 June 2012

S.A.Y.A.N.G S.A.R.A.W.A.K

Assalamualaikum...
salam Ukhuwah Fillah Da Iman Abadan Abada....


:) senyum sokmo... amalan yang mulia lg berpahala...hihi... tetiba je kan...hhihi... lama dah tak ngadap blog ni dan berhabuk pon... sibok sangat packing barang, almaklum lah nak pindah ke negeri asal semula... ermmmm setelah hampir 6 tahun aku bermastautin di negeri sarawak ni dan secara ironi nya memang dh jatuh cinta dengan negeri ni.. mana kan tidak 6 tahun tu bukanlah satu masa yang singkat.. aku dah mula cinta kan tempat ni.. akhirnya, kene jugak balik semula ke semenanjung... huhu... bak kata pepatah.. hujan emas tu kat negeri orang, hujan batu kat negeri sendiri, adalah lebih baik duduk kat negeri sendiri kan...hihi... p pelik gak pepatah 2... lau aku kan mst la nak hujan emas,,,, emas mahal sekarang ni,,kikiki... 


ermmm sekarang ni aku tengah KLMJ (kenangan lalu mengusik jiwa) hihi... masih teringat lagi bila ayah cakap yang kitorang sekeluarga akan berpindah ke sarawak.. masa 2 kami duduk di pahang... waaa... masa 2 aku lah org yang paling hebat bagi tentangan.. tak nak pindah sarawak,,, sampai nangis2..kiki... tak selera makan lah.. duduk termenung sokmo.. ingat lagi masa 2 aku nak exam PMR.. ma n ayah plan sorok kan hal ni dari aku sampai aku tamat PMR.. takut aku hilang focus...tapi kantoi la pulak..bila jiran aku tanya aku dah ready  ke nak ke sarawak.. errrrr.... lam hati memang tersentap.. aaa.. xmau pindah sayang ngn skolah sini...kawan2 yang baik hati... cikgu-cikgu sekolah lama... p apakan daya.. ayah kene bertugas kat sarawak.. aku ni sebagai anak yang memahami lagi perihatin... cewahhh...lebih2 lak.. ;).. kene lah memahami... sebelum kami pindah sarawak,,banyak gak lah dugaan yang ayh dan keluarga terpaksa hadapi.. seminggu sblm pindah.. kami redha menerima qada dan qadar Allah.. datuk yang kami cintai pergi mengadap Illahi... masa 2 ayah dah hmpir nak mohon yang kami tak dipindah kan ke sarawak.. lam aty aku dah berbunga2 sakura dah.. p nenek lak nasihat kan ayah... nenek cakap semua dah selesai.. nenek suruh gak ayah pergi sarawak... errrr.. KECEWA gak la time 2..hihi


sebelum aku nak pergi sini.. macam2 je cerita orang sogok kan kat aku sal negeri sarawak ni... bagi aku lagi takut je.. first sight dah nak bg pandangan negative... come on la kalau tak kenal maka tak cinta tau... ni ayat ayah aku la bila aku cakap aku takut nak pindah sini... dan ternyata kesahihan nya.. betul sgt333333... xkenal maka x cinta... jgn nak judge something b4 kita sendiri betul2 knl kan.. bukti nya naaahhh aku skrg ni lah org yg plg brt hty nak pindah smnjung balik... dah jatuh cinta dan sayang dgn negeri sarawak.. jth cinta dengan keunikannya.. org2 di sekeliling.. kawan2 yang baik hati... dan pemandangan kat sini suma best tawww.... nasihat penaja ni lah.. kepada sesapa juga yang masih ada pandangan negative kat bumi kenyalang ni.. ce dtg sini.. nak tahu cmne.. cuma satu je la.. kene jaga sikap.. dan kene berpandangan luas dan terbuka..jgn sempit sgt minda 2.. setiap negeri ada keunikan masing2.. kita sepatunya.. kene hormat la dengan keunikan2 tu kan.. jgn nak mempertikaikan lak... duk diam2..  belajar dan ambil pengalaman... hihi... 2 je la nak cakap... sentiasa positive terhadap perkara yang baru... 


haaaa... yang tudung hitam 2.. kawan aku kat sini merangkap ex roomate aku selama 6 semester.. cik khuzimah ahmad.. org yg byk bg tjuk ajar,, sal dunia2 kecntikan ni.. almklm la..aku ni serabai skit.. walaupun dia ni agk kecoh2 skit.. p t mst aku rindu ko tau..hihi

yang ni gambar kawan-kawan kelas aku dan pensyarah yang kecik molek cik azela yang brbju kurung pink.. ni masa kitorang pesta niaga peringkat jabatan.. gonna miss u guys.. sekarang aku dh grade... xdpt la jmpe korg lagi..

haaa... yang berjubah cokelat dan bertudung cokelat 2.. antara2 sahabat baik saya kat sini... nama dia mardhiah.. kiranya dia ni tempat rujukan aku lah kalau ada kemusykilan perihal agama.. dia gak banyak bagi nasihat2 yang berguna dunia akhirat.. suka sgt kwn ngn dia...

last but not least.. kawan baik aku yang happy go lucky lagi tahan lasak.. yana, dedeng n naneng.. ada sorang lagi nama dia bibi..p x da lam gambar...hihi....


okay.... asa 2 jela.. yang dapat aku lalutkan kat sini... sebak lak hati ni..bila terpikir lagi beberapa hari lagi nak pindah... waaaaa... sedeh lah... bila la ada peluang lagi nak jejak kan kaki kat sarawak ni.... :'(

Tuesday 12 June 2012

7 GOLONGAN DI LINDUNGI DI PADANG MASYAR





Assalamualaikum...
salam Ukhuwah Fillah Da Iman Abadan Abada...  


sahabat sahabiah yang dikasihi sekalian... kali ni aku nak buat perkongsian ilmu skit tentang "Golongan yang dapat berteduh di padang masyar" moga kita semua peroleh manfaat dari pekongsian ini.. rohani kita perlukan pengisian... jangan kita isi keperluan jasmani je.. sekali peringatan untuk sahabat sahabiah semua.. tapi berjuta juta ribu lemon peringatan untuk diri saya yang sentiasa lupa dan sewaktu dengan nya..


Pada hari kiamat kelak dikatakan seluruh kehidupan akan berkumpul di suatu tempat yang di panggil padang masyar, digambarkan keadaan padang masyar itu tersangat lah panas.. tentulah para manusia menjadi bingung dan menggelabah ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia berkata: "Kemana tempat lari?".

Dalam Al Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana Firman Allah S.W.T.: - "Pada hari itu manusia berkata: - "Ke mana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" (Al Qiyamah : 10-11).

 Tetapi dengan kehendak Allah S.W.T. akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah S.W.T. dan naungannya. Rasulullah S.A.W. bersabda: -

"Tujuh orang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya ialah:

  1. Penguasaan pemimpin yang adil.
  2. Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.
  3. Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.
  4. Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  5. Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah"
  6. Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu.
  7. Seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala di tempat yang sunyi, hingga kedua matanya mencucurkan air mata." (Iman Bukhari & Muslim). 


 rasa-rasa nya kita ada tak tergolong dari 7 golongan di atas. Ermm jawapan nya... TEPUK DADA TANYA IMAN... :)





Monday 11 June 2012

AKU SAYANG KAMU...



Assalamualaikum...
salam Ukhuwah Fillah Da Iman Abadan Abada... 


" I may fight with my siblings. But once you lay a finger on them, you'll be facing ME " ayat ni memang betul.. kita mungkin sering bergaduh dengan adik beradik kita.. tapi kita akan marah kalau ada org sakitkn dia... macam aku.. aku sangat protect adik aku.. kadang2 dia marah dengan sikap aku.. suma aku nak tahu.. bak kata dia, aku ni kuat membebel,, hihi... adik fahami lah this is for your sake of goodness ..itu fitrah kasih sayang antara keluarga .. mana mungkin kita biarkan orang yang dilahir dari rahim ibu yang sama dengan kita di sakiti..cubit peha kanan, peha kiri pn akan turut rasa tempias sakit nya,,, gaduh besar mana pun kita dengan adik beradik kita tapi memang xkn lama.. bak kata pepatah air yang dicincang tak akan putus,, begitu la jugak hubungan kita dengan adik beradik kita.. kadang2 kecian tengok anak tungal.. xdpt rasa kewujudan adik beradik... kalau nak tahu makin ramai adik... makin cheerful hari2 kita kan,.. :)))





Sunday 10 June 2012

ANAK BUAH YANG AKU SAYANG.......

Assalamualaikum...
salam Ukhuwah Fillah Da Iman Abadan Abada...


petang yang sangat indah di rumah ku... di sebabkan semua kerja dah aku langsaikan.. aku bkk la fb,,, kebetulan pulak kakak ipar aku ada tag gmbar anak2 buah... waaaaa sgt comel... comel sgt222... ermmm secara jujurnya,,, walaupun aku dh ada 2 org anak buah.... p rasa macam x ada,,, rasa kehadiran diorg x ada ubah pun kehidupan aku.. almaklum la,,, kami duduk di sarawak,,, keluarga abang duduk di pahang,,, mmg jarang jmpe... setahun sekali je jmpe 2 pn masa hari raya... dulu tengok dia time baru lahir... balik2 semenanjung dh boleh jln pon... huhuhu.... dorg pon xknl sapa mak ngah diorg kot.. P MAK NGAH SYG KORG TAW... hihi... tggu t ya mak ngah balik... t belanja coki2....




haaaaaaaaaaa,,,,,, ini lah anak buah aku yg ke 2... nama dia iqbal rajauddin... ayah ckp cucu dia yg ni ikt muka dia,,,hakahk...perasannnn..........




ni iqbal ngn sis dia balqis batrisya... org zaman sekarang nama ank suma ssh nak sebut,,, p asalkn mksud dia baik... x da masalah nama apa pn..hihi




hai comel x saya.... spek pink auwwwwwwww.... :)))


last mak ngah jumpe iqbal masa umur sebulan... skrg dh sembilan bulan... rindu iqbal.......... t membesar jadi anak soleh buat babah ngn umi ya... :))

Saturday 9 June 2012

Kata-kata Hikmah....

A. SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ


Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:
1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah 'La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.'

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan) . Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.



__._,_.___


DOA IBU.....



Assalamualaikum sahabat fillah sekalian...


hari ini aku nak kongsikan sedikit tentang keberkataan doa2 ibu,,,, ya doa ibu yang sering dikatakan penuh barakah dan sangat makbul.... AKU YAKIN ITU!!!!...... doa ibu mmg ternyata makbul... ingin aku kongsi kan sedikit pengalaman aku,,, masa tu aku menghadapi peperiksaan akhir sewaktu pengakhiran semester 6 masa 2...jadual peperiksaan semester 6 mmg terlalu padat sehingga aku tiada masa utk mengulang kaji pelajaraan... ermmm biasa la status pelajar,,mmg x slh kalau aku kata kan tabiat dia study last minit... dengan alasan ilmu cepat serap... hihihi... okay berbalik dengan cerita kita... tentang keberkatan  doa ibu,,,  seingat aku... dr semester 1 sampai 5 mmg aku blm pnh lg study 10 chapter dalam masa 1 mlm... tambah memburukkan lg keadaan masa peperiksaan adalah jam 8.30 keesokan hari nya,,, waaaa mmg x tdow mlm la time 2...hihi.. konon nye la x tdow... p ditakdirkan Allah aku ttdow... seyes... mmg x hbs stdy... boleh dikatakan aku hanya stdy 4 chapter dr 10.. 2 pn aku x kuasinya sgt cuma baca2 sepintas lalu..


keesokan harinya dengan muka blur... aku bangun... waaa rasa nak meleleh air mata sb blh plk ttdow time study... masa 2 paper AUDITING .dh la full teori... dengan penuh keyakinan masa 2... aku cuma berserah je melangkah ke dewan peperiksaan ... dalam hati aku ckap... mungkin Allah nak uji aku... mungkin jugak aku ada buat salah...  waktu pengawas peperiksaan bagi arahan menjawab.. aku buka kertas diiringi dengan salawat ke atas junjungan nabi Muhammad SAW dan bismillah.. aku lihat solan 1... blur... soalan 2 tahu sikit... soalan 3 tahu suku... dan soalan 4 pn blurrrrr.... aaaaa... hampir semua soalan aku tak tahu jawab..secara automatik aku terbayang wajah ma ayah. aku hanya jawab berdasarkan apa yang sempat aku igt,,dan ada jugak aku goreng2 siap letak rencah lg..huhu, p aku x tinggal 1 pon soalan x berjawab... aku jawab semua dengan harapan lecturer bg markah berdasarkan effort aku.. walaupun jawapan salah. usai aku menjawab.. terus je aku bkk fb..hihi sempat... cun gak ayh on9... aku meluahkan perasaan kat ayah... ayah mmg steady dr dulu... ( 2 la x stdy) hahah... capai telefon kol ma... dengar suara ma.. nangis terus,,, p cover malu takut ma tahu,,hihi


aku cakap kat ma. aku mintak maaf sebab dah kecewa kan dia.. aku cakap aku akan gagal... mmg masa 2 aku putus harapan.. dh macam org lupa diri.. aku lupa Allah itu dengar setiap rintihan hamba dia. aku mintak ma doa kan aku lulus,,, ma dengan perasaan tenang,,, ma cakap ma mmg doa kan semua anak2 ma... ma cakap x pe.. aku dh buat yang terbaik.. 


jeng jeng jeng... 21 MAY 2012  tarikh result keluar. malam sebelum 2.. aku mmg x tdow.. sb aku takut ada subject yang aku sangkut.. jam 8 pg dengan perasaan yang x dpt di gambarkan.. aku cek result aku.. bukak2 rasa nak menangis.. ecehh mmg dh nangis pon... subject yang aku rasa kan... aku gagal... subject yang aku blur keseluruhan sewaktu menjawab.. aku peroleh A+ dalam subject tu.. satu2 nya subject yang aku rasa kan aku akan gagal..walaupun aku hanya peroleh pointer 3.32.. tapi aku syukur mmg usaha x banyak jd sem ni pointer pn xbyk gak la... aku rasa itu berkat dari doa ibu dan pertolongan dari Allah,,, doa ma aku,,, Allah angkat doa ma aku... terima kasih ma.. :)





haaaa ini gamba bonda dan adik2 yg sy syg kerana Allah taala..


dalam hadia Rasulullah SAW baginda bersabda " Doa orang tua untuk anaknya sama dengan doa nabi untuk umatnya" dan "keredaan Allah itu bergantung pada keredaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah juga bergantung pada kemurkaan kedua orang tua". begitu juga dalam surah al-Baqarah ayat 83. surah an-Nisak ayat 36 dan surah al-Israk ayat kie 23 di mana Allah mengkehendaki hambanya mengesakan-Nya dan kemudian berbuat kebaktian kepada orang tuanya. justeru keberkatan ibu bapa adalah keredhaan dari illahi...





REZEKI ITU KETENTUAN ALLAH....





Assalamualaikum sahabat fillah sekalian...


hari ini 09 june 2012... aku menghabiskan masa aku dengan menghantar resume ke on9 job application.... job street, job stock, spa suma aku isi...mana lah tahu kalau2 ada rezeki aku kan.... janji aku dh usaha... xlupa juga mengamalkan bacaan surah Al waqi'ah setiap malam... petua yang aku dapat dr ustazah noor baiyah sewaktu menonton rancangan semanis kurma.,.. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”


sungguh sewaktu aku membaca surah itu... aku yakin dengan setiap bait bacaan ku... dengan niat moga Allah permurahkan rezeki ku... sama ada aku diterima ke alam pekerjaan atau permohonan ku untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah diterima... Aku yakin  Allah telah mengatur sesuatu yang terbaik buat ku... =) . sesungguhnya sebaik2 perancangan adalah perancangan dari Allah...


Wallahua’lam.